Jamuan sekolah adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh pelajar dan guru sebagai tanda penghargaan, meraikan kejayaan atau sekadar mengeratkan hubungan. Namun, penyediaan makanan untuk jumlah yang ramai sering menjadi cabaran.
Di DSara Fried Chicken Temerloh, kami hadir dengan solusi mudah – Pakej Tempahan Jamuan Sekolah yang direka khas untuk pelajar, guru, dan majlis sekolah. Dengan menu ayam goreng rangup, nasi ayam, burger crispy, bubur ayam untuk kanak-kanak kecil serta minuman sejuk dan kudapan, setiap hidangan disediakan segar dan terus dihantar ke lokasi anda.
Kami memahami keperluan pihak sekolah yang mahukan harga berbaloi, hidangan sedap, dan perkhidmatan penghantaran yang pantas. Sebab itulah pakej kami boleh diubah suai mengikut bajet, bilangan pelajar, serta jenis majlis yang dianjurkan.